8 Daftar Aliran-Aliran Bid'ah Dari Zaman Ke Zaman


Berikut ini akan kami uraikan daftar aliran-aliran ahlul bid'ah dari zaman ke zaman yang mungkin bisa untuk menambah wawasan pengetahuan Anda.


1. Syiah Rafidhah

Aliran yang suka mencaci maki sahabat Nabi. Aliran ini muncul pada pertengahan kekhalifahan Sayyidina Uthman bin Affan melalui Abdullah bin Saba'. Kelompok ini juga meyakini khalifah setelah Rasulullah adalah Sayyidina Ali bin Abi Thalib, bukan yang lain.


2. Khawarij

Aliran sesat yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar dan muncul di masa Khalifah Ali bin Abi Thalib.


3. Murjiah

Aliran ini meyakini tidak mengapa berbuat dosa asalkan masih beriman. Keyakinan ini membuahkan tasahul atau bermudah-mudahan dalam menjalankan kewajipan syariat dan menjaga taklif agama. Kelompok ini muncul pada akhir generasi sahabat Nabi. Ulama sahabat seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdillah dan lain-lain tampil mengkritik dan menjelaskan kesesatan mereka.


4. Qadariyyah

Aliran yang meyakini bahawa setiap sesuatu tanpa takdir Allah yang dahulu. Orang yang pertama kali memunculkan akidah sesat tersebut adalah Ma'bad bin Khalid al-Juhani. Kelompok ini muncul pada zaman akhir generasi sahabat.


5. Jahmiyyah

Aliran yang mengingkari sifat-sifat Allah (Mu'atthilah), meyakini Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum terjadi, ilmu-Nya hadits (baru), meyakini hamba tidak memiliki usaha atau ikhtiyar apa-apa, syurga dan neraka tidak abadi, meyakini Allah tidak dapat dilihat di syurga, menciptakan kalamullah untuk diri-Nya dan lain-lain.


6. Muktazilah

Aliran yang menafikan sifat (ma'ani) Allah (secara mandiri), menafikan qadar, menafikan sahnya melihat Allah di syurga, meyakini adanya manzilah bainal manzilatain (ada tempat lain selain syurga dan neraka). Kelompok ini muncul pada zaman tabi'in atau yang tepatnya pada zaman Imam Hasan al-Basri melalui murid beliau yang sesat, iaitu Washil bin Atho'.


7. Hasyawiyyah Musyabbihah

Aliran yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk kerana berlebihan dan fanatik terhadap zahir-zahir nas. Mereka memahami ayat sifat, seperti istawa, yad, maji', fauqiyah, dan lain-lain sebagaimana zahir lughawinya. Mereka juga menetapkan jihah (arah) bagi Allah. Yang pertama kali munculnya akidah buruk ini adalah Muqatil bin Sulaiman yang meninggal pada tahun 150 Hijriyah. Yang memberi sebutan Hasyawiyah adalah Imam Hasan al-Basri.


8. Karramiyyah

Aliran pengikut Muhammad bin Karram yang menyerupakan Allah dengan makhluk dan menyangka bahawa Allah memiliki jisim (fizikal) yang ber-had (memiliki batas) dan memiliki hujung dari arah bawah (akhir), meyakini Allah menetap (istiqrar) di atas arsy, membolehkan Allah berpindah-pindah, meyakini perkara hadits (baru) yang menetap pada Zat Allah (qiyamul hawadits bi dzatillah) dan lain-lain.

Wallahu'a'alam bisshowab.

Posting Komentar

Beri masukan dan tanggapan Anda tentang artikel ini secara bijak.

Lebih baru Lebih lama
Posts ADS 3